Skip to main content

Designer Metal Enterprise

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut pengenalan syarikat Designer Metal Enterprise.

Designer Metal Enterprise merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh anak muda dari Simpang Renggam Johor.

Mohd Hafiz bin Md Padzil merupakan lepasan Giat MARA dalam bidang Fabrikasi Logam.

Minat yang mendalam terhadap perniagaan dan berbekalkan semangat serta dorongan kedua ibu bapa Hj. Md Padzil bin Muslim dan Hajah Misnah binti Abu, beliau menubuhkan syarikat ini pada tahun 2009.

Pada awalnya beliau hanya bekerja sendiri tanpa pembantu. Iklan dibuat dengan mengedarkan risalah maklumat syarikat di kawasan perumahan baharu dan warga Simpang Renggam.

Berkat usaha dan doa kepada Ilahi, Designer Metal Enterprise telah beroperasi 11 tahun dengan 5 orang pekerja dan mempunyai Lesen Kontraktor Kelas G2 dan mempunyai anak syarikat Cekap Tulin Enterprise yang mempunyai Lesen Kontraktor Kelas G1.

Produk yang dihasilkan adalah seperti berikut:

              i.        Pembuatan produk berkaitan besi dan stainless steel
             ii.        Pembuatan kerangka besi
            iii.        Pembuatan bumbung
           iv.        Pemasangan pagar (pelbagai jenis)
            v.        Baikpulih rumah dan pejabat
           vi.        Kerja-kerja pembinaan dewan terbuka
          vii.        Kerja-kerja pembinaan kabin
         viii.        Kerja-kerja pembaikan jalan dan pavement
           ix.        Kerja-kerja pembaikan longkang
            x.        Kerja-kerja pembuatan pintu gerbang
           xi.        Kerja-kerja pembuatan papan tanda
          xii.        Kerja-kerja pembuatan produk tempat mandi jenazah stainless steel
     xiii.     Kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan


Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan boleh rujuk kepada maklumat berikut:

Mohd Hafiz bin Md Padzil
012-7928359
No. 16A, Jalan Tiara 2, Taman Tiara Perdana, 86200 Simpang Renggam Johor

Comments